jOm aerObik..!!



assalamualaikum..
hari ni aku nak update pasal women & health..actually bukan untuk women saje..tapi untuk semua tak kira lelaki atau wanita,tua atau muda,yang kaya atau yang miskin,yang sihat atau sakit,yang..tengok..da start merapu da..he3!ok,tanpa membuang masa aku ingin berkongsi satu info yang aku baru je tahu..tapi tak tau r kalau krang dah tau pasal ni..krang kan lebih pakar daripada aku..kan2..(sesi membodek)..


"AEROBIK BENDUNG KEMURUNGAN"


tu lar info yang aku nak share hari ni..kalau kita sebut je pasal aerobik mesti masing2 dalam kepala dah set aerobik jz untuk kaum wanita..ala,macam bola dan ragbi lar..kalau sebut pasal 2 sukan tu memang tak ada orang lain dah..mesti lelaki yang mendominasi kan..tapi ada je penglibatan daripada kaum wanita..cuma jarang2 kita dengarkan..tapi aerobik sebenarnya sesuai untuk semua tak kira lelaki atau wanita..senam aerobik antara diminati ramai wanita kerana memberikan kesan begitu memberangsangkan,sama ada dari segi kesihatan mahupun menjaga kecantikan khususnya penjagaan bentuk tubuh badan..antara faktor atau manfaat diketahui mengenai senaman aerobik dari segi kesihatan ialah membantu menjaga jantung,membesarkan saiz jantung, dan menambahkan daya tahannya..saintis turut mengaitkan senaman aerobik terhadap faedahnya dalam membantu menyembuhkan pelbagai penyakit di samping membantu mendapatkan bentuk tubuh diidamkan,khususnya langsing..then,ketika kita melakukan aerobik,pergerakan sendi badan melancarkan saluran darah dan membantu menghasilkan tenaga,berbanding dengan seseorang itu hanya duduk sepanjang hari dalam posisi statik dan tenaga sebenarnya akan berkurangan..seanaman aerobik mampu memberikan individu lebih variasi dengan tambahan keseronokan..ini berikutan,setiap gerak langkah senaman itu akan diiringi muzik yang turut membantu menyegarkan fikiran,sekali gus mendatangkan perasaan seronok dan menghilangkan bosan..aerobik juga membangunkan keyakinan kerana gerak langkahnya memberi korang mengecapi prestasi dan kesan keberhasilannya ketika individu itu dapat menguasainya..bukan itu sahaja,aerobik meningkatkan fungsi jantung dengan menaikkan degup jantung selama minimum 20 minit,di samping meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot..so lepas ni kalau muzik on je tunggu apa lagi..ayuh kita berdansa..ops!aerobik lar..aku suggest kat sini better korang pilih lagu yang rancak2 untuk buat aerobik..baru ada feel kan..yelah,tak kan korang nak pilih lagu yang mendayu-dayu..tak jadi r nak buat aerobik kalau macam tu..kepada peminat2 fanatik kpop pulak,daripada korang duduk melopong tengok video klip lagu kpop tu,ada faedah gak kalau korang cuba buat step tersendiri untuk senaman aerobik..amacam..aku suggest je..depends pada korang lar nak mencorakkan korang punya style aerobik..kalau aku lar kan,daripada jogging pusing kawasan perumahan 5 round baik buat aerobik kat rumah kan..he3!ok,sampai di sini sahaja info aku..harap2 info ini dapat membantu korang sedikit sebanyak untuk menjaga kesihatan badan dengan cara yang mudah..selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment